Chengdu China Menerima Bendera Tuan Rumah untuk Sukan Dunia 2025

2022-07-18 13:27:09  CRI
Share with:

Sempena berakhirnya Sukan Dunia (TWG) ke-11 di Birmingham, negeri Alabama, Amerika Syarikat (AS), delegasi Chengdu China untuk menyertai majlis penerimaan bendera tuan rumah TWG telah tiba di bandar tersebut baru-baru ini.

Bandar Chengdu China berjaya memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah TWG ke-12 yang bakal diadakan dari 7 hingga 17 Ogos 2025.

Menurut maklumat, dalam majlis penutupan TWG ke-11, Chengdu mempromosikan tarikan milik sendiri dengan pertunjukan tarian, penyiaran audiovisual dan  pertunjukan cahaya lampu yang berfokus kepada pencapaian baharu, sejarah yang lama, kedinamikan serta persekitaran bandar semasa pergantian empat musim yang sejajar dengan acara sukan TWG.

Seorang pelakon yang berpakaian macam panda yang comel kelihatan berinteraksi dengan para penari dan penonton pada sesi akhir pertunjukan tersebut sambil menyampaikan undangan “Welcome to Chengdu” kepada seluruh dunia.

Untuk rekod,  TWG ke-11 diadakan  di Birmingham, Alabama  AS  dari  7 hingga 17 Julai.  Seramai 3,600 atlet dari 108 negara dan kawasan dilaporkan bertanding dalam  223 acara di bawah 34 kategori yang tidak tersenarai dalam sukan Olimpik.