AU Seru Pergiatkan Integrasi dan Perindustrian Afrika

2022-07-18 14:49:39  CRI
Share with:

Persidangan penyelarasan pertengahan tahun Kesatuan Afrika (AU) ke-4 telah diadakan di Lusaka, ibu kota Zambia semalam.

Pemimpin tertinggi dan ketua kerajaan dari 13 buah negara Afrika yang menghadiri persidangan kali ini menyeru anggota AU agar terus mendorong pembinaan "Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika" di samping mempergiat proses integrasi dan perindustrian Afrika.

Presiden Senegal, Macky Sall sebagai pengerusi bergilir AU dalam sidang akhbar menyatakan bahawa para hadirin bersetuju secara kata sepakat untuk melaksanakan perjanjian melibatkan kawasan perdagangan bebas Afrika supaya mengurangkan halangan perdagangan serantau dan mendorong integrasi perdagangan.