Kawat Tahniah Xi kepada Perhimpunan Warisan Pertanian

2022-07-18 17:40:21  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Perhimpunan Sistem Warisan Pertanian Penting Global (GIAHS) hari ini.

Xi menekankan bahawa melindungi warisan pertanian merupakan tanggungjawab bersama umat manusia yang mencipta dan membangunkan tamadun pertanian. China aktif menyahut anjuran Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) mengenai GIAHS, mengekalkan prinsip mendorong pemeliharaan dan pewarisan dalam penggunaan serta memperkasakan praktik berkenaan. China bersedia bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa meningkatkan perlindungan tamadun pertanian, terus menunjukkan nilainya dalam bidang ekonomi, sosial, ekologi, sains dan teknologi sekali gus menyokong pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB dan mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Perhimpunan GIAHS yang bertemakan “melindungi warisan pertanian bersama-sama, mendorong pembangunan desa dengan menyeluruh” dirasmikan di kaunti Qingtian, provinsi Zhejiang China hari ini.