Impian Bulan Rakyat China

2022-07-19 12:09:31  CRI
Share with:

20 Julai ialah Hari Bulan Manusia. Dalam budaya tradisional China, Bulan bukanlah bintang yang biasa.

Dalam mitos, Bulan muncul di dunia kerohanian orang China, dan dengan rupanya yang lembut, cantik dan misteri, Bulan memberikan imaginasi tanpa had kepada orang ramai pada waktu malam.

"Langkah penerokaan manusia ke angkasa tidak berkesudahan."

Pada 2004, China melancarkan Projek Chang'e untuk meneroka Bulan. Daripada Chang'e-1 mengambil foto seluruh cakera Bulan pada 2007, hingga Chang'e-5 berjaya membawa pulang sampel pertama daripada objek luar oleh China, penerokaan Bulan China telah berkembang dengan mantap.