Klise Dalam Laporan AS Yang Memfitnah Xinjiang

2022-07-19 13:04:44  CRI
Share with:

 Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin mengecam fitnah Amerika Syarikat (AS) terhadap Xinjiang China pada Isnin.

“Dalam apa yang disebut laporan mengenai keadaan China, AS secara membuta memfitnah Xinjiang dalam bidang hak asasi manusia serta menuding jari terhadap pelaksanaan dasar kerajaan pusat di Xinjiang, dan menginjak secara terang-terangan undang-undang antarabangsa dan norma-norma asas hubungan antarabangsa. Laporan tanpa rujukan fakta tersebut sebenarnya gimik klise yang sudah biasa dimainkan AS berhubung isu Xinjiang,” kata Wang.

Jabatan Negara AS dilaporkan mengemukakan laporan Akta Elie Wiesel 2022 kepada Kongres dan mengeluarkan Strategi AS untuk Menjangka, Mencegah, dan Bertindak Balas terhadap Kekerasan pada 14 Julai. Laporan itu sekali lagi menuduh China melakukan apa yang disebut "genosid kaum dan jenayah terhadap kemanusiaan" di Xinjiang serta apa yang disebut gejala "buruh paksa " di Xinjiang China.

Wang Wenbin menyatakan, AS dengan degil mengeluarkan Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur (UFLPA) tanpa mempedulikan bantahan pihak China, dan tujuannya hanya adalah untuk mereka-reka kewujudan “pengangguran paksa dan pemulihan kemiskinan secara paksa” di Xinjiang. 

“Pada masa ini, Washington sekali lagi mengeluarkan laporan dan strategi untuk memfitnah dan mencalar imej Beijing. Ini adalah satu lagi contoh AS yang menjejaskan hak asasi manusia, peraturan dan kedaulatan undang-undang dengan niatnya mahu mengekang pembangunan China melalui mengada-adakan permasalahan di Xinjiang,” kata Wang.

Wang Wenbin berkata, tiada siapa yang boleh menyembunyikan fakta untuk selama-lamanya dan mereka yang disabit bersalah pasti akan dibawa ke muka pengadilan. 

“AS sudah biasa membuta terhadap jenayah yang dilakukan sendiri dalam bidang hak asasi manusia, sedangkan asyik menyebarkan bohongan untuk memfitnah negara-negara lain. Perangai negara Uncle Sam ini sememangnya sudah diketahui umum dalam masyarakat antarabangsa. 

“China akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan kepentingan kedaulatan, keselamatan dan pembangunan sendiri. Muslihat Washington yang cuba menyebarkan bohongan mengenai isu Xinjiang dan mencampuri urusan dalaman China melalui isu Xinjiang hanya akan menjadi sia-sia saja,” kata Wang.