Perkilangan Industri China Pulih Stabil

2022-07-19 13:27:16  CRI
Share with:

Indeks utama perindustrian China menunjukkan pemulihan stabil pada setengah tahun pertama 2022, ujar jurucakap Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, Tian Yulong dalam satu sidang media anjuran Jabatan Penerangan Dewan Negara pada Selasa.

Dimaklumkan, pengeluaran industri pulih dengan stabil, disokong oleh peningkatan nilai tambahan industri yang bersaiz tertentu sebanyak 3.4% dari Januari hingga Jun, khususnya peningkatan 3.9% yang tercatat pada bulan Jun.

Nisbah sumbangan sektor perkilangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat dengan ketara, disokong oleh peningkatan nilai tambahan perkilangan yang bersaiz tertentu sebanyak 2.8%, dan peningkatan nisbah sumbangan sektor perkilangan dalam KDNK sebanyak 1.4% dengan mencatat 28.8%.

Peranan eksport bertambah kuat. Nilai kontrak eksport yang terlaksana perusahaan industri pada Januari hingga Jun lalu meningkat 10.8%.

Di samping itu, pelaburan terhadap sektor perkilangan pula kekal meningkat, dengan mencapai kadar 10.4% berbanding setengah tahun pertama tahun lepas, khususnya suku tahun kedua menyaksikan peningkatan sebanyak 7.4%.