Pemeliharaan Warisan Pertanian Tanggungjawab Bersama Manusia

2022-07-19 13:42:40  
Share with:

 Perlindungan warisan pertanian merupakan tanggungjawab bersama umat manusia yang mencipta dan membangunkan tamadun pertanian dalam sejarah.


Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam kawat tahniahnya kepada Perhimpunan Sistem Warisan Pertanian Penting Global (GIAHS), pada Isnin. 


Dalam surat itu, beliau menyanjung tinggi nilai istimewa dan makna penting warisan pertanian terhadap tamadun manusia, serta turut memperincikan kaedah untuk mendorong pemeliharaan dan pewarisan praktik berkenaan.


Xi juga mengemukakan pelan China untuk merealisasikan pembangunan pertanian yang berkekalan dan turut mendapat respons hangat para peserta. 


Dirasmikan di kaunti Qingtian, provinsi Zhejiang di timur China, perhimpunan GIAHS kali ini bertemakan “perlindungan warisan pertanian untuk pembangunan luar bandar”.


Pegawai kanan dan wakil dari Iran, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Tanzania, Bangladesh, Indonesia, Sri Lanka dan pertubuhan antarabangsa menyertai perhimpunan tersebut untuk bersama-sama berunding mengenai tahap  konsisten warisan pertanian penting global dan sistem bahan makanan, pembangunan mampan di kawasan luar bandar, serta pembaikan kehidupan petani.


Sebagai negara paling awal menyahut inisiatif pewarisan pertanian global penting dan penyokong teguh, China merupakan pengamal, penggalak dan penyumbang besar kepada inisiatif tersebut.


Setakat ini, China mempunyai 18 warisan pertanian penting global dan jumlah ini paling banyak di dunia.