Pertemuan Li Keqiang dengan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia

2022-07-20 11:22:22  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Schwab secara maya di Dewan Besar Rakyat Beijing malam semalam.

Li menyatakan bahawa kerjasama antara China dengan WEF sudah berlangsung selama lebih 40 tahun, yang hampir serentak dengan proses pembaharuan dan pelaksanaan dasar pintu terbuka di China. China memuji WEF yang sentiasa komited kepada pembangunan ekonomi dan memperkasakan kerjasama dengan China. Kedua-dua pihak memilih memperincikan kerjasama dilihat sebagai satu isyarat yang positif kepada dunia berkait pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf kehidupan rakyat.

Li menekankan bahawa China akan tekad mengekalkan pelaksanaan dasar pintu terbuka, dan bersedia meningkatkan dialog dan komunikasi dengan pelbagai pihak untuk menyediakan syarat kepada kerjasama saling menguntungkan dan menang-menang.

Klaus Schwab pula menyatakan bahawa dunia ini sedang menghadapi pelbagai krisis dan cabaran. WEF bersedia memperkasakan kerjasama dengan China, mendorong dialog sejagat, meningkatkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dan serantau, menyumbang kepada usaha menangani isu perubahan iklim, transformasi industri dan pewujudan kesaksamaan sosial.