Dialog Ekonomi Perdagangan China-EU ke-9

2022-07-20 12:17:16  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri China, Liu He dan Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Valdis Dombrovskis telah bersama-sama mempengerusikan dialog peringkat tinggi ekonomi perdagangan China-EU ke-9 menerusi telesidang.

 

Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan yang kondusif, ikhlas dan efisien tentang empat topik utama, iaitu ekonomi makro, rantai industri dan pembekalan, perdagangan dan pelaburan serta kerjasama kewangan.

 

Kata sepakat dan persefahaman dilaporkan tercapai dalam penyelarasan dasar ekonomi, kerjasama rantai industri dan pembekalan, pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), peningkatan tahap keterbukaan pasaran, pelaksanaan Perjanjian Tanda Geografi China-Eropah, pemeriksaan dan kuarantin fauna dan flora, serta kerjasama pembukaan dan penyeliaan dua hala dalam sektor kewangan.

 

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk berganding bahu menyahut cabaran global dalam bidang ekonomi, meningkatkan penyelarasan dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar ekonomi makro, melindungi kestabilan rantai industri dan pembekalan global, menjaga dan mengintensifkan mekanisme perdagangan multilateral berteraskan WTO dan berdasarkan peraturan, memudahkan perdagangan serta pelaburan bebas, menggalakkan persaingan yang adil, melindungi hak cipta intelek, mewujudkan persekitaran urus niaga yang baik, dan selanjutnya memperincikan kerjasama berkait peningkatan tahap keterbukaan dan pemantauan dua hala dalam sektor monetari.