China, India Cari Penyelesaian Isu Sempadan

2022-07-20 10:45:26  CRI
Share with:

Pada Mesyuarat Peringkat Komander Kumpulan Tentera ke-16 China-India, kedua-dua pihak meneruskan perbincangan untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan kawasan sepanjang Garis Kawalan Sebenar bahagian barat sempadan dengan sikap membina dan berpandangan jauh berdasarkan kemajuan yang tercapai pada Mesyuarat Komander Kumpulan Tentera ke-15 pada 11 Mac lalu. 

Ketika menjawab pertanyaan wartawan berhubung mesyuarat tersebut pada sidang akhbar Selasa, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan kestabilan di kawasan sepanjang Garis Kawalan Sebenar bahagian barat sempadan dan meneruskan dialog melalui saluran ketenteraan dan diplomatik agar mencapai penyelesaian yang boleh diterima kedua-dua pihak bagi menangani isu yang tertangguh.