Betapa Jelas Siapa Cetuskan Krisis Bijirin Global

2022-07-20 16:02:35  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) diharap agar mengaji diri tentang lakonan kejinya dalam krisis bijirin global sekarang ini, dan berhenti mencalar imej China tanpa bahan bukti.


Demikian ditegaskan Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam.

 

Menurut laporan berkenaan, Ketua Agensi Penerokaan Antarabangsa AS (USAID), Samantha Power mendakwa China mengenakan sekatan terhadap perdagangan baja kimia dan menimbun bijirin, yang dilihat salah satu punca yang mengakibatkan berlakunya malapetaka kebuluran di "Tanduk Afrika".

 

Zhao berkata, China sebagai satu negara membangun yang tidak memikul kewajiban rasmi untuk menghulurkan bantuan pembangunan kepada luar, tetap secara aktif menyertai kerjasama pembangunan antarabangsa. Negara pembayar yuran PBB yang kedua terbesar ini sudah memberi sumbangan signifikan dalam menjamin keselamatan bijirin global melalui pemberian sumber pembangunan dalam bilangan besar kepada sejumlah badan pembangunan PBB seperti Pertubuhan Bahan Makanan dan Pertanian PBB (FAO).

 

Menurut Zhao, ‘keselamatan bijirin’ terkandung dalam Inisiatif Pembangunan Global anjuran China sebagai salah daripada 8 sektor kerjasama penting. Sejak pandemik COVID-19 tercetus, China telah menghulurkan bantuan bijirin kecemasan kepada sebahagian negara. China pula merupakan negara membangun yang menyediakan modal bantuan yang paling banyak, menugaskan pakar dalam bantuan luar yang paling ramai dan melaksanakan projek bantuan yang paling banyak dalam kerangka Kerjasama Selatan-selatan FAO. Dengan demikian, betapa jelas bahawa siapa barulah yang benar-benar mencetuskan krisis bijirin di arena antarabangsa.

 

Zhao juga menunjukkan bahawa AS pernah mengakui sekatan dilakukannya terhadap Rusia telah menyebabkan banyak negara terpaksa menanggung kosnya termasuk kekurangan bekalan bijirin. Sementara itu, AS belum lagi mengembalikan wang milik rakyat Afghanistan yang penuh dengan titisan darah peluh yang dirampaskannya sebelum ini.Boleh dijangka bahawa terdapat ramai lagi rakyat Afghanistan akan terjerumus ke dalam kancah kebuluran akibat perbuatan AS yang biadab.