Pelaksanaan Dasar Makro China Konsisten

2022-07-20 14:59:36  CRI
Share with:

China akan mengekalkan pelaksanaan dasar makro yang konsisten dalam bidang-bidang sasaran agar memastikan pembangunan ekonomi sepanjang tahun pada tahap yang agak baik. Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap dalam sesi dialog khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) bersama pemimpin perniagaan global secara maya pada Selasa.

Beliau menekankan bahawa China komited kepada pembinaan suasana perniagaan yang berorientasikan pasaran dan bertaraf dunia dan memartabatkan penguatkuasaan undang-undang. China akan mengambil langkah pencegahan yang lebih tepat dan saintifik di tengah-tengah penularan wabak COVID-19 , memulihkan dan menambah perkhidmatan penerbangan antarabangsa secara teratur, memberikan bantuan kepada pelajar asing yang mahu kembali ke negara ini untuk melanjutkan pengajian, mendorong perdagangan luar dan memudahkan kegiatan buruh rentas sempadan dengan teratur. Jabatan kerajaan China berkenaan sudah membina mekanisme khas bagi membantu perusahaan asing di China mengatasi kesukaran yang dialami mereka.

Menurut Li, pasaran China juga pasaran dunia. China akan terus membuka pintu kepada negara moden dan negara membangun dari segenap aspek, dan bersama-sama memelihara perdagangan multilateralisme yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di samping mendorong perdagangan bebas dan saksama.