AS, Negara No. 1 dalam Pemerdagangan Manusia di Dunia

2022-07-21 13:46:12  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) setiap tahun pun mereka-reka laporan yang bergenre bohongan mengenai pemerdagangan manusia untuk menutup pekung busuk di dadanya. Sebenarnya, AS barulah negara No.1 dalam pemerdagangan manusia di dunia.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang akhbar Rabu sebagai respons terhadap laporan pemerdagangan tahunan Jabatan Negara AS pada 19 Julai waktu tempatan yang sekali lagi menyenaraikan China sebagai negara dan kawasan kategori ke-3 yang namanya terburuk dan memfitnah China dengan isu apa yang disebut "buruh paksa" di Xinjiang.  

Wang berkata, sistem perhambaan dianggap sah di AS dalam masa satu pertiga daripada sejarah negara itu yang hanya selama 246 tahun. Dari tahun 1514 hingga 1866, terdapat kira-kira 36,000 ‘pasukan ekspedisi pemerdagangan hamba’ dari AS yang pernah memperdagangkan berjuta-juta orang kulit hitam ke negara itu.

Tambah beliau, “Kerajaan China melaksanakan dengan bersungguh-sungguh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menentang Jenayah Terancang Transnasional (UNTOC) dan protokol tambahan untuk mencegah, melarang dan menghukum pemerdagangan manusia terutamanya berkait wanita dan kanak-kanak.  

“China juga melancarkan Rancangan Tindakan Kebangsaan untuk Memerangi Pemerdagangan Wanita dan Kanak-kanak (2008-2012) pada tahun 2007, Rancangan Tindakan untuk Memerangi Pemerdagangan Manusia (2013-2020) pada tahun 2013 dan Rancangan Tindakan untuk Memerangi Pemerdagangan Manusia (2021-2030) pada 2021, dan usaha tersebut terbukti membuahkan hasil yang ketara. ”tegas Wang.

China menggesa AS jangan hanya mencoret arang pada muka orang, melainkan mengalihkan pekanya terhadap gejala pemerdagangan manusia, buruh paksa dan pencabulan hak asasi manusia yang wujud secara meluas di negaranya sendiri, dan melakukan introspeksi terhadap perbuatan diri sendiri dengan merujuk kepada "piawaian tertinggi" yang dilagakkannya.