Surat Tahniah Xi Jinping kepada Forum Pembangunan Belia Dunia

2022-07-21 16:21:07  CRI
Share with:

China sentiasa melihat belia sebagai tenaga kuat dalam mendorong pembangunan sosial dan menggalakkan belia menunjukkan kedinamikan dan menyuntik kesegaran dalam praktiknya untuk mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam suratnya kepada Forum Pembangunan Belia Dunia hari ini.

Beliau berharap forum tersebut menjadi platform penting bagi golongan belia menyumbang kepada pembangunan dunia dan penjanaan inspirasi, mengeluarkan suara bagi perpaduan rakyat sedunia dan mencurah momentum kepada kemajuan global.

Beliau menekankan bahawa belia pelbagai negara diharap giat mengamalkan nilai-nilai bersama umat manusia yang melibatkan kedamaian, pembangunan, kesaksamaan, keadilan, demokrasi dan kebebasan, bersungguh-sungguh mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global dan bertindak kondusif dalam pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersama (PBB).

Forum yang bertemakan “menggalakkan pembangunan belia dan meneroka masa depan yang milik bersama” dirasmikan di Beijing hari ini.