Minggu Ekonomi Digital Beijing Dirasmikan

2022-07-21 21:36:52  CRI
Share with:

 

Minggu Ekonomi Digital Beijing 2022 yang bertema "The Digital Economy is Within Reach" dirasmikan di daerah Daxing, bandar Beijing malam semalam.

 

15 buah Pusat Penggunaan Informasi Beijing telah membuka tirai dalam upacara perasmian tersebut, sedangkan penjenamaan produk berprestij pun dimulakan oleh "16+1" daerah dalam talian.

 

Di zon interaksi pula, sejumlah syarikat setempat Daxing termasuk yang bersejarah lama, syarikat ubat-ubatan yang terkenal dan syarikat kelengkapan rawatan teknologi canggih berturut-turut menampil untuk memperkenalkan produk "terkemuka" mereka.

 

Suasana rancak boleh terasa dalam pertembungan ekonomi fizikal dengan ekonomi digital dalam temasya tersebut.