AUKUS Didesak Batalkan Kerjasama Kapal Selam Nuklear

2022-07-21 13:48:36  CRI
Share with:

Amerika Syarikat, Britain dan Australia (AUKUS) didesak bersungguh-sungguh memberikan respons terhadap keprihatinan masyarakat antarabangsa, melaksanakan kewajipan tentang kawalan senjata nuklear, dan membatalkan keputusan salah berhubung kerjasama kapal selam nuklear mereka. Demikian ditegaskan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wennin pada sidang media Rabu.

Dimaklumkan, Persatuan Kawalan dan Perlucutan Senjata China bersama Institut Perancangan dan Pengajian Strategi Nuklear China telah mengeluarkan satu laporan yang bertajuk “Muslihat Berbahaya: Risiko dari Kerjasama Kapal Selam Nuklear AUKUS” baru-baru ini yang menunjukkan, kerjasama itu akan menjadi contoh yang buruk berhubung negara pemilik senjata nuklear mengalihkan bahan pembuatan senjata nuklear dalam bilangan tan kepada negara tanpa senjata jenis itu, sehingga mendatangkan risiko tinggi tentang perebakan senjata nuklear.

“Ini kali pertama institut akademik China menerbitkan laporan penyelidikan khas berhubung kerjasama kapal selam nuklear AUKUS. Data statistik yang terperinci yang terkandung dalam laporan tersebut, mendedahkan rancangan kerjasama AUKUS terbabit sama sekali tidak selaras dengan matlamat dan panduan Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT) dan peraturan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), dan dilihat bertujuan mencabar mekanisme jaminan dan penyeliaan IAEA, memecahkan kestabilan strategik global, menggoyangkan sistem kawalan senjata nuklear, meruncingkan perlumbaan persenjataan, menjejaskan perjanjian kawasan tanpa senjata nuklear, dan membahayakan kedamaian dan kestabilan Asia-Pasifik.

Laporan tersebut boleh dijadikan rujukan yang berwibawa dan menyakinkan bagi masyarakat antarabangsa yang selama ini bimbang akan rancangan kerjasama kapal selam nukelar AUKUS”, kata Wang.