Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar China Berkembang Mantap

2022-07-21 13:47:16  CRI
Share with:

Pertanian dan ekonomi luar bandar di China berkembang mantap pada setengah tahun pertama 2022, dan merupakan tunjang dalam usaha menstabilkan harga barangan, menjamin hidup rakyat dan memastikan ekonomi domestik berjalan lancar.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan dan Perancangan Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Zeng Yande dalam sidang media Jabatan Penerangan Dewan Negara pada Rabu.

“Jumlah tuaian bijirin pada musim panas mencatat 147.4 bilion kilogram, bertambah 1.435 bilion kilogram, iaitu satu rekod baharu. Antaranya tuaian gandum mencapai 135.8 bilion kilogram, bertambah 1.285 bilion kilogram, dengan jenis premium mencecah 38.5%, meningkat 1.2%. Sementara itu, tanaman bijirin musim gugur berada dalam keadaan bertumbuh baik”, katanya.

Selain bijirin, bekalan sayur-sayuran juga dipastikan mencukupi pada setengah tahun pertama. Menurut petugas Jabatan Penternakan dan Kedoktoran Haiwan, Chen Guanghua, harga daging kambing mencatat RMB81.18  (RM53.55) sekilogram pada Jun, menurun 3.6% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, manakala harga susu segar mencatat RMB4.13 (RM2.72) sekilogram, menurun 3.3%.