Syarikat China Raih Hadiah Global WIPO

2022-07-21 21:37:44  CRI
Share with:

Dua syarikat sains dan teknologi China, iaitu Raycan dan Shylon telah dianugerahi Hadiah Global Pertubuhan Hak Cipta Intelek Sedunia (WIPO) pertama pada 19 Julai yang lalu atas pengaruh positif mereka dalam penggunaan hak cipta intelek di dalam dan luar negara.

 

Selain dua syarikat China tersebut, Syarikat Kitaran Air dari Belanda, Syarikat Lucence Singapura dan Syarikat Splink Jepun juga dianugerahi hadiah tersebut oleh Ketua Pengarah WIPO, Daren Tang.

 

Syarikat Raycan Suzhou yang ditubuhkan pada 2009 menumpu kepada pengurusan, penerokaan dan penghasilan kelengkapan pengesanan radiasi dan peranti pengimejan. Syarikat Shylon yang didirikan pada 2010 berfokus kepada pengurusan, reka bentuk, penghasilan dan penjualan lampu-lampu LED untuk kegunaan luar bangunan.

 

Hadiah Global WIPO diinisiatif untuk memberi manfaat kepada semua insan di setiap pelosok dunia melalui inovasi dan penciptaan. Terpilihnya syarikat pemenang hadiah kali ini adalah hasil penilaian oleh 7 anggota juri terhadap 272 buah permohonan dari 62 buah negara dan kawasan.