Besarnya Makna Surat Tawaran Rasmi

2022-07-22 20:22:19  CRI
Share with:

Pelajar China yang layak lanjut pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), diterima surat tawaran kemasukan universiti.

Ia bukan sekadar surat tawaran dengan reka bentuk unik, malah juga membawa seribu makna buat si penerima.

Surat tawaran rasmi dari Universiti Nankai di Tianjin termasuk penanda buku dan dua biji teratai dari Shaoxing, wilayah Zhejiang, iaitu tempat rumah pusaka mendiang Perdana Menteri Zhou Enlai, alumni Universiti Nankai.


Surat tawaran Universiti Perguruan Shaanxi hasil tulisan tangan pensyarah terkemuka.


Penuntut baharu Universiti Aeronautik dan Astronautik Beijing mendapatkan surat kemasukan bermotifkan tujuh lencana disusun atur dalam bentuk Pencedok Besar atau Big Dipper, sempena ulang tahun ke-70 penubuhannya.


Ketika si penerima membuka surat tawaran rasmi Universiti Pertanian dan Perhutanan Zhejiang, akan terlihat pokok ginkgo tiga dimensi di atas surat berkenaan.

 

Surat kemasukan Universiti Pertanian China mengandungi penanda buku logam dengan motif ‘landskap empat musim’.

 

Magnet peti sejuk merupakan antara keunikan utama surat tawaran rasmi Universiti Sains Politik dan Undang-undang China yang berusia 70 tahun.