China Gesa Pembatalan Sekatan Sepihak terhadap Syria

2022-07-22 13:13:32  CRI
Share with:

China menggesa negara berkenaan membatalkan segera sekatan sepihak terhadap Syria dengan menyeluruh dan menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengemukakan tuntutan yang jelas. Demikian dinyatakan Naib Wakil Tetap China ke PBB, Dai Bing ketika menyampaikan ucapan dalam sesi perbincangan Perhimpunan Agung PBB mengenai isu kemanusiaan Syria semalam.

Dai menyatakan bahawa China sentiasa menyokong PBB dan masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria berdasarkan prinsip berperikemanusiaan, berkecuali dan adil. China mahu menekankan lagi bahawa sekatan sepihak telah melahirkan pengaruh negatif yang tak terkira terhadap pemulihan dan pembangunan sosioekonomi Syria, dan mengehadkan tindakan agensi kemanusia antarabangsa di negara itu sehingga menjadi halangan utama dalam menangani masalah kemanusiaan. Maka, ia mesti dibatalkan segera dan UNSC pun kena mengemukakan tuntutan yang jelas.

Dai menambah bahawa butiran yang fleksibel  yang terkandung dalam Ketetapan No.2642 UNSC tentang pelanjutan pemberian mandat berkait bantuan kemanusiaan rentas sempadan di Syria, adalah kondusif bagi UNSC menjalankan penilaian dan ubahsuai terhadap ketetapan itu. Memandangkan kebanyakan anggota UNSC telah mengundi setuju terhadap ketetapan itu, China berharap pelbagai pihak yang terbabit bersungguh-sungguh mematuhi prinsip asas bantuan kemanusiaan antarabangsa dan ketetapan UNSC.