Pesta Kebudayaan Sukan Beijing ke-13 Bermula Ogos

2022-07-22 15:08:20  CRI
Share with:

Pesta Kebudayaan Sukan Beijing ke-13 anjuran Persatuan Promosi Pembangunan Bandar Olimpik Beijing bakal membuka tirai pada 6 Ogos nanti demi tujuan "wariskan legasi Olimpik, dorong pembangunan".

Pelbagai aktiviti kebudayaan sukan yang berunsurkan Olimpik musim panas dan musim sejuk akan diadakan untuk mendorong pembangunan kebudayaan Olimpik.

Sementara itu, sejumlah "kejohanan sukan rakyat” sebagai komponen Pesta Kebudayaan Sukan tersebut termasuk "perlumbaan renang pencabar", "perlumbaan triathlon remaja Pingat Pertumbuhan", "10 km Run Girls" dan "sukan baharu antarabangsa" akan diadakan secara berturut-turut pada 6, 13, 20 dan 27 Ogos nanti di bekas venue Triathlon Orang Besi Sukan Olimpik 2008 di Beijing.