Pasaran Perdagangan Karbon Kebangsaan China Beroperasi Stabil

2022-07-22 13:20:15  CRI
Share with:

Pasaran perdagangan karbon kebangsaan China beroperasi dengan stabil dalam tempoh setahun pertama sejak dilancarkan dan menjadi jendela penting bagi memperlihatkan usaha aktif China dalam menghadapi perubahan iklim, menurut Kementerian Persekitaran dan Ekologi China pada Khamis.

Data yang dikeluarkan oleh Shanghai Environment and Energy Exchange (SEEE) menunjukkan, jumlah perdagangan kumulatif dalam pasaran karbon mencapai 194 juta tan di negara ini, dengan nilai transaksinya mencecah RMB8.49 bilion (RM5.58 bilion) setakat 20 Julai.

Untuk rekod, pasaran perdagangan karbon kebangsaan China yang berpusat di bandar Shanghai dilancarkan secara serentak di bandar Beijing, Shanghai dan Wuhan pada 16 Julai 2021 dan turut menjadi pasaran perdagangan karbon terbesar di dunia.

Sebanyak 2,162 syarikat penjanaan kuasa yang tersenarai  dalam sistem perdagangan bagi tempoh perjanjian pertama dengan melibatkan jumlah pelepasan karbon dioksida sebanyak kira-kira 4.5 bilion tan setiap tahun, menjadikan pasaran perdagangan karbon ini mempunyai  skala pelepasan karbon dioksida yang terbesar di dunia.