Xi Utus Kawat Tahniah kepada Presiden Baharu Sri Lanka

2022-07-22 20:59:07  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping hari ini mengutus kawat tahniah kepada Ranil Wickremesinghe atas terpilihnya sebagai Presiden Republik Sosialis Demokratik Sri Lank .

Xi menyatakan bahawa kejiranan baik China--Sri Lanka merupakan tradisi yang bersejarah. Sejak hubungan dipolmatik terjalin pada 65 tahun yang lalu, kedua-dua negara berpandukan prinsip saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan sentiasa mendorong perkembangan hubungan bilateral, dan berjaya meneladani hubungan persahabatan dan kerjasama yang sama untung antara negara besar dengan negara kecil. Selepas wabak COVID-19 tercetus, kedua-dua negara ini bantu-membantu sehingga meningkatkan persahabatan tradisional yang sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

Xi menekankan, China yakin akan Sri Lanka yang berada di bawah pimpinan Presiden Ranil Wickremesinghe, pasti dapat mengatasi kesukaran pada masa ini dan mendorog proses pemulihan sosioekonomi.

Xi menyatakan beliau amat mementingkan hubungan dengan Sri Lanka dan bersedia memberikan sokongan dan bantuan dalam kemampuannya kepada usaha Presiden Ranil Wickremesinghe dan rakyat Sri Lanka. Beliau berharap kedua-dua pihak terus menyuburkan persahabatan yang tradisonal, memupuk rasa percaya dalam bidang politik dan mendorong Perkongsian Kerjasama Strategik terus maju jaya berdasarkan semangat tolong-menolong yang ikhlas.