Import & Eksport Xinjiang Tingkat 39.1%

2022-07-22 13:21:59  CRI
Share with:

Jumlah import dan eksport Wilayah Autonomi Xinjiang menyaksikan peningkatan 39.1 peratus pada separuh tahun pertama 2022 berbanding tempoh sama tahun lepas, mencecah RMB91.51 bilion (RM60.28 bilion), iaitu lebih tinggi 29.7 mata peratusan daripada kadar peningkatan di seluruh negara ini.

Data yang dikeluarkan oleh kastam tempatan pada Khamis menunjukkan, perangkaan tersebut merangkumi jumlah eksport Xinjiang yang meningkat 49.3 peratus dengan mencatat RMB74.74 bilion (RM49.2 bilion), dan jumlah import yang meningkat 6.7 peratus dengan menokok RMB16.77 bilion (RM 11 bilion).

Jumlah import dan eksport wilayah tersebut meningkat 68.5 peratus pada bulan Jun, iaitu yang tertinggi pada tahun ini dengan mencecah RMB24.1 bilion (RM15.8 bilion).  

Jumlah eksport produk industri berintensifkan buruh dan produk permesinan dan elektronik merupakan 79.1 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan Xinjiang, manakala jumlah import komoditi pukal yang melibatkan produk sumber dan galian serta hasil pertanian menyumbang sebanyak 76.3 peratus dalam jumlah import keseluruhan wilayah tersebut.