Xi Utus Kawat Tahniah Atas Ulang Tahun Ke-70 Hari Kebangsaan Mesir

2022-07-23 16:39:18  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping pagi tadi telah mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Mesir, Abdel Fattah Al Sisi atas ulang tahun ke-70 hari kebangsaan negara itu.

Menurut Xi, Mesir yang berkembang makmur memainkan peranan penting dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa. Beliau dan Presiden Abdel Fattah Al Sisi telah bersama-sama menghadiri dialog peringkat tinggi pembangunan global dan mendorong pencapaian hasil cemerlang di samping mengeluarkan seruan bagi merealisasikan kemakmuran dan pembangunan bersama.

Xi menekankan bahawa beliau mengambil berat terhadap pembangunan hubungan China-Mesir. Oleh itu, beliau bersedia bersama-sama Presiden Abdel Fattah Al Sisi untuk terus mendorong pembinaan bersama China-Mesir dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), menjalankan kerjasama bagi melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, mempertahankan kepentingan bersama sebagai negara membangun, dan terus mara ke matlamat pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama China-Mesir pada zaman serba baharu ini demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.