Ambil Peluang Baharu dalam Pembangunan Digital

2022-07-23 16:40:02  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Pembangunan China Digital ke-5 telah dirasmikan di Fuzhou pagi tadi. Ketua Pengarah Jabatan Publisiti China, Huang Kunming dalam ucaptamanya menerusi video menegaskan bahawa hendaklah berpandukan arahan Presiden Xi Jinping tentang pembangunan internet, mempercepat langkah pembangunan China digital, mendorong pembaharuan terhadap format penghasilan, cara hidup dan tadbir urus melalui transformasi digital. Selain itu, hendaklah mengambil peluang baharu dalam trend pembangunan digital supaya mampu menyahut cabaran baharu dan mengembangkan dominasi yang sedia ada.

Huang juga menunjukkan bahawa hendaklah mengembangkan ekonomi digital yang bergenre data, mempergiat pembinaan kerajaan digital, bandar pintar baharu dan desa digital, di samping membantu rakyat memupuk kesedaran dan kemahiran digital.

Tema utama sidang kemuncak kali ini ialah “dorong transformasi baharu dengan inovasi ,terajui paradigma baharu melalui pendigitalan”.