"Ancaman China" Dibesar-besarkan dalam Kertas Putih Pertahanan Jepun

2022-07-23 14:05:47  CRI
Share with:

China menggesa Jepun menghentikan tindakan salah yang menggembar-gemburkan ancaman keselamatan di kawasan sekitar untuk mencari alasan bagi meningkatkan kekuatan ketenteraannya.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin sebagai respons terhadap fitnah tentang apa yang disebut “ancaman China” dalam Kertas Putih Pertahanan Jepun 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Wang berkata, Jepun dalam Kertas Putih Pertahanan edisi baharunya mencemarkan nama China dari segi dasar pertahanan, pembangunan pertahanan yang normal serta kegiatan maritim yang sah,  menggembar-gemburkan apa yang disebut "ancaman China", dan mencampuri urusan  dalaman China melalui isu Taiwan. China berasa sangat kecewa dan menolak semua tuduhan yang dilontarkan Jepun tersebut.

“Gugusan pulau Diaoyu merupakan sebahagian daripada wilayah China sejak zaman purba. Aktiviti maritim pihak China di kawasan perairan pulau itu adalah sah. Taiwan adalah sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah China. Isu Taiwan merupakan urusan dalaman China dan sama sekali tidak boleh dicampuri oleh kuasa asing," kata Wang.

Wang Wenbin menegaskan, langkah-langkah Jepun dalam bidang ketenteraan dan keselamatan selalu menjadi tumpuan negara-negara jirannya di Asia termasuk China malah masyarakat antarabangsa berikutan sejarah pencerobohan militerismenya terhadap luar.

“Dalam kertas putih pertahanan baharu ini, Jepun telah menambah kandungan secara tetang-terangan mengenai menyemak semula dokumen pertahanan yang relevan menjelang akhir tahun ini, meningkatkan lagi belanjawan pertahanannya, dan membangunkan apa yang disebut “keupayaan tindak balas”. Kesemuanya ini mencetuskan kebimbangan luar bahawa Jepun menyimpang daripada usaha mewujudkan keamanan dan strategi berorientasikan pertahanan.

“China menggesa pihak Jepun mendengar suara masyarakat antarabangsa, melakukan introspeksi  secara mendalam tentang sejarah pencerobohannya, komited ke arah pembangunan secara damai, dan memperoleh kepercayaan dari masyarakat antarabangsa khususnya dari negara jiran di Asia dengan tindakan konkrit,” kata Wang.