Simposium Fikiran Xi Jinping dalam Diplomasi

2022-07-25 13:09:05  CRI
Share with:

Simposium Fikiran Xi Jinping dalam Diplomasi diadakan di Beijing pada Ahad.

Para perserta menyatakan bahawa sebagai arkitek utama diplomasi sebuah negara besar bercirikan China, Xi Jinping memimpin arus perdana sezaman dan mengemukakan siri strategi diplomatik dan inisiatif penting, membentuk Fikiran Xi Jinping dalam Diplomasi, menyediakan pedoman dan pelan tindakan kepada usaha diplomasi China pada zaman baharu ini, sekali gus menyumbang kebijaksanaan dan pelan China kepada dunia serta mengumpul konsensus demi pembangunan dan kemajuan umat manusia.

Di bawah pimpinan fikiran Xi tersebut, usaha dipomasi bercirikan China diperkasakan secara menyeluruh, membina iklim baik bagi kebangkitan bangsa China dan menyumbang besar kepada kedamaian dan pembangunan umat manusia.