CICPE Kedua Buka Tirai di Hainan

2022-07-25 15:10:18  cri
Share with:

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) kedua membuka tirai di Haikou, ibu kota provinsi Hainan, selatan China, pagi tadi.

Acara yang juga dikenali sebagai Ekspo Hainan itu berjaya menarik penyertaan lebih 700 buah perusahaan dari 61 negara dan wilayah di dunia.

Perusahaan dari negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) seperti Korea Selatan, Jepun dan Singapura dilihat akitif mengambil bahagian dalam ekspo tersebut, dengan mendirikan reruai pameran 20 peratus lebih luas berbanding tahun lepas.

Untuk rekod, jumlah jenama yang menyertai CICPE tahun ini mencecah lebih 2,800 berbanding lebih 1,000 pada tahun lalu.

Ekspo kali ini dijangka menarik kunjungan lebih 40,000 individu yang terdiri daripada kalangan pembeli dan pelawat.

CICPE edisi kedua turut merangkumi pelbagai jenis acara yang menarik termasuk aktiviti interaktif secara fizikal, sesi penyiaran laporan dan pertunjukan fesyen.