Dekati Modul Eksperimen Pertama Stesen Angkasa China

2022-07-25 15:27:47  CRI
Share with:

Modul eksperimen Wentian berjaya dilancarkan menggunakan roket pembawa Long March 5B Y3 dari Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di provinsi Hainan, petang Ahad.

Sebagai modul eksperimen pertama stesen angkasa China, Wentian yang mampu menampung aktiviti eksperimen sains angkasa tunggal atau pelbagai bidang itu akan menyediakan platform lebih besar kepada China untuk menjalankan penyelidikan saintifik berkenaan dalam jangka panjang.

Difahamkan, modul eksperimen Wentian mempunyai panjang berukuran 17.9 meter, berat sehingga 21,500 kilogram, dan ruang hidup kira-kira 50 meter padu untuk angkasawan.

Ia turut dilengkapi dengan lapan kabinet eksperimen, termasuk kabinet eksperimen ekologi dan bioteknologi.