Xi Ucapkan Tahniah kepada Presiden Baharu India

2022-07-25 16:37:59  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusan tahniah kepada Droupadi Murmu yang dilantik sebagai Presiden Republik India, hari ini.

Xi menyatakan bahawa China dan India adalah jiran penting antara satu sama lain. Hubungan China-India yang sihat dan stabil sesuai dengan kepentingan kedua-dua negara dan rakyat, serta amat penting bagi keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Xi menyatakan bahawa beliau amat mementingkan antara China dengan India, dan bersedia berusaha bersama-sama dengan Presiden Murmu untuk memperkukuh kesalingpercayaan politik, merapatkan kerjasama, menangani pertikaian secara tuntas hingga mengembangkan hubungan dua hala di landasan yang betul.