Sistem Perlindungan Tanah Lembap Yani Dibaiki

2022-07-25 14:27:25  cri
Share with:

Stesen pemerhatian dan penyelidikan ekosistem Tanah Lembap Yani didirikan di Wilayah Autonomi Tibet pada 21 Julai.

Saintis dari institut penyelidikan sains dan institut pengajian tinggi seperti Akademi Sains China, Universiti Wuhan dan Universiti Tibet, akan menggunakan stesen ini untuk mengkaji perlindungan, penggunaan dan pembangunan Tanah Lembap Yani secara saintifik.

Taman Tanah Lembap Negara Yani meliputi kawasan seluas 8,738 hektar dan kaya dengan sumber alam. Ia merupakan tempat habitat bagi beberapa spesies burung hijrah terancam pada musim sejuk.

Sejak beberapa projek perlindungan dan pemuliharaan tanah lembap dilaksanakan di Yani pada 2016, keupayaan perlindungan tanah lembap di sana banyak dipertingkat. Kini, kawasan pemulihan tumbuh-tumbuhan telah mencapai kira-kira 123 hektar, menyumbang 21 peratus daripada kawasan keseluruhan di tanah lembap itu.