Xi Komited Perkukuh Hubungan Erat China-Afrika

2022-07-26 12:35:14  CRI
Share with:

Keamanan yang berkekalan dan keselamatan sejagat merupakan aspirasi bersama buat rakyat China dan Afrika.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniahnya kepada Forum Keamanan dan Keselamatan China-Afrika ke-2 melalui sepucuk surat, pada Isnin.

Beliau turut menyatakan komitmennya untuk memperkukuh lagi hubungan erat yang sekian lama terjalin antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, China sentiasa mengembangkan ikatan muhibah dengan negara-negara di benua Afrika dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. 

Xi berjanji, China akan bersinergi dengan negara terbabit untuk menegakkan konsep keselamatan yang berkongsi, komprehensif, kolaboratif dan lestari.

Beliau turut menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan Afrika ke arah melindungi sistem antarabangsa berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menegakkan keadilan dunia, sekali gus menggerakkan pelaksanaan Inisiatif Keselamatan Global serta membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika pada era baharu.

Bertemakan ‘Kukuh Solidariti dan Kolaborasi demi Keselamatan Bersama’, forum anjuran Kementerian Pertahanan China itu diadakan menerusi pautan video.