China akan Bertindak Jika Pelosi Lawat Taiwan

2022-07-26 15:19:31  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menegaskan bahawa sekiranya Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi melawat Taiwan, maka China akan bertindak dengan teguh untuk membela kedaulatan dan keutuhan wilayah.

Dalam sidang taklimat yang diadakan di Beijing pada Isnin, Zhao berkata, pihaknya telah beberapa kali menyatakan bantahan keras China kepada pihak AS. Jika AS berdegil dalam perkara tersebut, China tidak akan berganjak mengambil tindakan sewajarnya.