Mempertahankan Kedaulatan Negara dengan Teguh: Tentera China

2022-07-27 17:42:13  cri
Share with:

China menggesa Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan bertanggungjawab untuk memenuhi komitmennya untuk tidak menyokong "pemisah Taiwan".   

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Tan Kefei pada 26 Julai ketika diminta memberi komen tentang rancangan lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan.

"China telah berulang kali menyatakan bantahan keras terhadap rancangan lawatan Pelosi ke Taiwan. Sebagai 'pegawai nombor tiga' kerajaan AS, lawatan Speaker Dewan Rakyat ke Taiwan akan melanggar prinsip satu China dan membahayakan kedaulatan dan keutuhan wilayah China," kata beliau.

Tan Kefei mengkiritk rancangan lawatan tersebut akan menjejaskan asas hubungan politik China-AS secara serius, dan juga akan menyebabkan situasi di Selat Taiwan menjadi makin tegang.

"Sekiranya AS berkeras untuk melakukan lawatan tersebut, tentera China tidak akan membiarkan, dan akan dengan teguh mempertahankan kedaulatan negara, mengambil tindakan tegas untuk menggagalkan sebarang campur tangan pihak luar dan komplot pemisahan.