Jalan Raya Duku Cerminan Terbaik Pemandangan Xinjiang

2022-07-27 10:52:44  CRI
Share with:

Jalan raya Duku sebagai cerminan terbaik pemandangan Xinjiang menjadi popular di kalangan peminat pelancong China pada masa ini.

Jalan raya sepanjang lebih 560 kilometer ini merentasi banyak destinasi pelancongan yang meliputi Destinasi Pelancongan Qiaoerma, Padang Rumput Narati dan Padang Rumput Bayan Buluk serta Tianshan Secret Canyon dan Tielimaiti Pass.

Para pelancong, baik yang melancong dengan berjalan kaki atau pun yang melakukan pemanduan sendiri berpeluang mengalami perubahan cuaca yang jauh berbeza dalam perjalanan lima kilometer dan menikmati keindahan alam semula jadi empat musim dalam tempoh sehari sahaja.