Forum Hak Asasi Manusia Beijing 2022 Dirasmikan

2022-07-27 12:06:39  CRI
Share with:

Forum Hak Asasi Manusia Beijing 2022 dirasmikan di Beijing pada Selasa.

Pegawai kanan, pakar, sarjana dan diplomat asing ke China dari hampir 70 buah negara dan pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan perbincangan mengenai tema "Berganding Bahu untuk Mendorong Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global yang Lebih Adil, Saksama, Munasabah dan Inklusif".

Para peserta menyatakan bahawa order hak asasi manusia antarabangsa menghadapi cabaran besar disebabkan beberapa negara mengamalkan unilateralisme dan politik kekuatan. Pembangunan hak asasi manusia ialah misi bersama seluruh umat manusia dan memerlukan usaha sama semua negara.

Dalam pada itu, para peserta turut memuji sumbangan China dalam menyelesaikan isu hak asasi manusia global, dan menganggap China sebagai kuasa besar dalam usaha perlindungan hak asasi manusia global.