Angkasawan Berpindah 'Rumah' Minggu ini

2022-07-27 15:35:47  CRI
Share with:

Modul eksperimen Wentian berjaya menyelesaikan proses pencantuman dengan modul teras stesen angkasa Tianhe tepat pukul 3.13 pagi Isnin.

Berapakah jumlah keluasan ruang aktiviti untuk angkasawan di dalam Wentian? Dan bilakah angkasawan akan berpindah ‘rumah’ dari Tianhe ke Wentian?

Ketua pereka modul eksperimen Wentian, Luo Wencheng memberitahu bahawa Wentian mempunyai keluasan kira-kira 25 hingga 30 meter persegi.

Namun katanya, angkasawan berada dalam keadaan terapung tiga dimensi, justeru ruang kebiasaannya akan dikira mengikut volum, dan ruang aktiviti disediakan Wentian untuk angkasawan mencatat 50 meter padu.

 

Seperti yang dirancang, tiga angkasawan berkenaan akan mengemaskan kabin terlebih dahulu sebelum beralih dari modul teras Tianhe ke Wentian minggu ini.

Difahamkan, Wentian turut dilengkapi tiga ruang untuk tidur, serta bilik mandi dan dapur.

Menurut Luo, angkasawan mendiami dan tidur di modul eksperimen Wentian, dan makan di modul teras Tianhe. Manakala, dapur serta meja makan di modul eksperimen Wentian semuanya berada dalam status sandaran.