Dukung Sosialisme Bercirikan China, Bina Negara Soliasi Moden: Xi

2022-07-28 13:45:06  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyatakan baru-baru ini, Parti Komunis China (PKC) mesti menjunjung tinggi sosialisme bercirikan China, dan berusaha menulis bab baharu dalam pembinaan negara sosialis moden dalam segenap aspek.

Xi Jinping, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China berkata demikian ketika berucap dalam sesi pembelajaran pegawai peringkat provinsi dan menteri yang diadakan di Beijing pada 26 hingga 27 Julai.

Beliau menyatakan, seluruh Parti perlu memperkukuh keyakinan diri terhadap jalan sosialisme bercirikan China, terori, sistem dan budaya, dan berusaha mewujudkan kebangkitan semula nusa dan bangsa China.

Beliau berkata, Kongres Kebangsaan ke-19 PKC telah menggariskan pelan tindakan mengenai pembinaan negara sosialis moden yang terdiri daripada dua langkah, iaitu merealisasikan pemodenan sosialis secara umum pada 2020 hingga 2035, dan menjadikan China negara sosialis moden yang kuat, demokratik, harmoni, bertamadun dan indah dari tahun 2035 hingga pertengahan abad ini.

Tegas beliau, Kongres Kebangsaan ke-20 yang bakal diadakan akan menggariskan tugas dan langkah bagi pembangunan Parti dan negara untuk lima tahun akan datang.