Pelepasan Karbon Kereta China akan Turun

2022-07-28 14:20:26  cri
Share with:

Pusat Teknologi dan Penyelidikan Automobil China mengeluarkan laporan penyelidikan mengenai Pelan Tindakan Karbon Rendah Automobil China 2022 di Beijing pada Rabu.

Laporan tersebut telah memberi penjelasan komprehensif tentang pelepasan senyawa karbon kereta yang dijual di pasaran China.

Setelah mengkaji paras pelepasan karbon bagi 6,725 jenis kereta, laporan itu mendapati bahawa jumlah pelepasan karbon senyawa industri automobil China mencapai 1.2 bilion ton, antaranya kereta penumpang menduduki kira-kira 58 peratus.

Berbanding dengan kereta yang menggunakan minyak, pelepasan karbon oleh kereta elektrik berkurang sebanyak 43.4 peratus.

Dijangka pelepasan karbon kereta elektrik akan mencapai 23 gram sekilometer pada tahun 2060, dan ia akan menyumbang besar kepada pelepasan karbon.

Melalui pempupularan kereta tenaga baharu dan tindakan kawalan karbon yang berkaitan, pengurangan pelepasan karbon industri automobil di negara ini dijangka akan mencapai 700 juta ton dan 2 bilion ton masing-masing menjelang tahun 2030 dan 2060.