Kehidupan Bahagia dan Santai di Kota Purba Kashgar

2022-07-28 22:56:41  CRI
Share with:

Kota purba Kashgar di wilayah Xinjiang berusia sekurang-kurangnya 2,000 tahun merupakan kompleks bangunan buatan tanah mentah yang masih berfungsi yang terbesar di dunia buat masa ini.

Selain adat resam etnik minoriti, corak penataan kota yang berteraskan jalan dan lorong yang berliku-liku dan berselirat selalumembawa kejutan yang menggembirakan kepada pelancong.

Kota purba ini penuh dengan kesantaian hidup dan kedinamikan istimwa dengan adanya bangunan kediaman yang seni binanya bercirikan tradisi etnik tempatan, jalan lukisan cat minyak yang kelihatan tradisional dan anggun, kedai kerajinan tangan yang berunsurkan kesenian tradisional dan moden, pasar malam yang menjual pelbagai snek serta kanak-kanak yang bermain dalam suasana riang gembira dan kelompok warga emas memain alat muzik dan menyanyi di tepi jalan.