Jelajahi Misteri Di Taman Negara Gunung Wuyi

2022-07-28 10:33:30  CRI
Share with:

Seramai lebih 30 orang remaja melibatkan diri dalam aktiviti pengembaraan di Taman Negara Gunung Wuyi, provinsi Fujian China semasa cuti sekolah musim panas ketika ini.

Di bawah bimbingan guru yang berjurusan pendidikan alam, para peserta berpeluang meninjau burung, mencari serangga, mempelajari pengetahuan mengenai tumbuh-tumbuhan dan memerhatikan alam sekitar dalam lensa kamera infra merah.

Aktiviti menjelajahi misteri alam ini merupakan yang pertama diadakan di Taman Negara Gunung Wuyi bagi membantu peserta remaja  memupuk minat terhadap alam dan meningkatkan keupayaan untuk mendapat pengetahuan daripada alam.