Naik Kereta Api Kelilingi Xinjiang

2022-07-29 16:18:25  CRI
Share with:

Pada 19 Julai, seramai 333 pelancong dari pelbagai tempat di China menaiki kereta api persiaran ‘Si Lu Tian Shan’ dari stesen Urumqi untuk menikmati pemandangan indah serta keunikan budaya dan adat resam di wilayah Xinjiang.

Sepanjang perjalanan selama 14 hari, para pelancong berpeluang mengunjungi kawasan peranginan seperti Taman Geologi Keketuohai, Wucaitan (pantai berwarna-warni), padang rumput Nalati, Tasik Sayram, Groto Kizil dan kota purba Kashgar.

Difahamkan, bagi memenuhi permintaan pasaran pelancongan, sebanyak 40 kereta api persiaran khas akan beroperasi sempena cuti musim panas ketika ini.