Lagi Bantuan China Tiba di Afghanistan

2022-07-29 12:45:14  CRI
Share with:

Majlis penyerahan barang bantuan oleh China Metallurgical Group (MCC) kepada Afghanistan diadakan di Kabul pada Khamis.

Duta Besar China ke Afghanistan, Wang Yu, Pemangku Menteri Perlombongan dan Petroleum kerajaan sementara Afghanistan, Delaware, Timbalan Menteri Pengurusan Bencana dan Hal Ehwal Kemanusiaan Afghanistan, Muslim turut hadir.

Wang Yu menyatakan bahawa China memberikan perhatian tinggi terhadap kesukaran yang dihadapi oleh Afghanistan dan bersedia menghulurkan bantuan sedaya upaya kepada rakyat negara itu. Sejak gempa bumi melanda Afghanistan, kerajaan China segera mengumumkan pemberian bantuan kemanusiaan kecemasan kepada negara itu, dan syarikat MCC turut aktif menyumbangkan bahan demi membantu mangsa mengharungi kesukaran semasa.

Beliau berkata, China bukan sahaja akan terus memenuhi komitemen untuk memberikan bantuan gempa bumi, tetapi juga akan terus memberikan sokongan kepada Afghanistan dalam bidang makanan, perubatan, kesihatan dan latihan penyelamatan bencana.