Xi Utus Surat Tahniah kepada Forum PKC dan Parti-parti Politik Marxis Dunia

2022-07-29 14:43:44  cri
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Forum Parti Komunis China (PKC) dan Parti-parti Politik Marxis Dunia pada 28 Julai.

Dalam surat tersebut, Xi mengatakan bahawa PKC mengintegrasikan prinsip asas Marxisme dengan keadaan sebenar China serta budaya tradisional China yang cemerlang, mendorong Marxisme membangun di China dan dengan teguh menempuh jalan sosialisme bercirikan China.

Forum PKC dan Parti-parti Politik Marxis Dunia kali ini dianjurkan oleh Jabatan Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat PKC, dan disertai lebih 300 peserta dari lebih 70 negara secara dalam talian.