CICPE, Pameran Barang Pengguna Terbesar di Asia Pasifik
2022-07-29 10:20:03 CRI
Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi kedua membuka tirainya di Haikou, ibu kota provinsi Hainan, selatan China, pada Isnin.
CICPE kali ini berjaya menarik penyertaan lebih 1,000 perusahaan dari 61 negara dan wilayah di dunia.
Dengan skala yang lebih besar dan tahap pengantarabangsaan yang lebih tinggi, CICPE edisi kedua akan terus menjadi pameran barang pengguna terbesar di rantau Asia Pasifik.