Kuatkan Tentera Demi Kebangkitan Semula Bangsa: Xi

2022-07-29 14:52:14  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengunjungi pameran mengenai pencapaian dalam usaha menguatkan pertahanan negara dan angkatan bersenjata pada era baharu yang diadakan di Muzium Ketenteraan Revolusi Rakyat China di Beijing pada 27 Julai lalu.

Dalam kunjungan sempena sambutan ulang tahun ke-95 penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), Xi Jinping mengatakan bahawa sejak Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC), Jawatankuasa Pusat PKC dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat mengetuai seluruh tentera untuk memperkasakan pembinaan tentera dalam aspek politik, pembaharuan, sains dan teknologi, pemupukan tenaga dan pentadbiran di sisi undang-undang, mempergiat latihan dan daya bertempur, sehingga mencapai kejayaan besar dalam pertahanan negara dan pembinaan tentera.

Beliau menyatakan, tentera rakyat yang gagah berani telah mencipta lembaran baharu dalam perjalanan menuju ke arah tentera kuat bercirikan China, dan telah menampilkan imej baharu sezaman.

Menurut Xi, PLA akan menyambut ulang tahun ke-100nya lima tahun akan datang. PLA perlu melaksanakan fikiran untuk menguatkan tentera pada era baharu, melaksanakan strategi ketenteraan pada era baharu, melakukan usaha yang gigih, maju ke hadapan, berusaha keras, dan komited untuk mencapai matlamat perjuangan seratus tahun PLA. Selain itu, PLA perlu terus membina situasi baharu untuk menguatkan tentera, dan menyediakan sokongan strategik bagi merealisasikan kebangkitan semula bangsa China.