Tingkatkan Pendapatan Melalui Penanaman "Honeysuckle"

2022-07-29 10:57:10  CRI
Share with:


Lebih 700 buah keluarga yang baru keluar dari belenggu kemiskinan di kaunti Xingtang, provinsi Hebei berjaya menjana pendapatan yang mantap melalui penanaman Jinyinhua (honeysuckle), sejenis herba untuk kegunaan pengubatan tradisional Cina.

Melalui pengendalian yang bermodelkan "syarikat+koperasi kampung+penanam", mereka yang pernah mendapat bantuan kewangan kerajaan pada tahun 2016, berpeluang bekerjasama dengan syarikat pemprosesan herba yang terkenal yang boleh membantu meningkatkan kualiti dan kauntiti hasilan "honeysuckle".