China dan Iran Sedia Tingkatkan Hubungan ke Taraf Lebih Tinggi

2022-07-30 15:04:51  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbualan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Ebrahim Raisi pada petang Jumaat lalu.

Xi mengatakan, China memandang hubungan dengan Iran dari perspektif strategik dan bersedia bersama-sama Iran terus meningkatkan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara. China menyokong negara-negara Asia Barat bersatu padu dan bekerjasama untuk menyelesaikan isu keselamatan serantau, menyokong rakyat Asia Barat meneroka secara bebas jalan pembangunan sendiri.

Beliau menyatakan, China bersedia memperkasakan komunikasi dan kerjasama dengan Iran dalam rangka-rangka berkenaan seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Sementara itu, China menghargai Iran yang menyokong Inisiatif Pembangunan Sejagat dan Inisiatif Keselamatan Sejagat dan bersedia bersama-sama Iran melaksanakan inisiatif tersebt agar membina order antarabangsa yang lebih adil dan munasabah.

Raisi pula berkata, Iran dan China telah merayakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun lalu. Kerjasama Iran-China telah mencapai banyak hasil yang penting dalam tempoh lima dekad lalu. Beliau yakin hubungan antara kedua-dua negara akan ditingkatkan ke taraf lebih tinggi dengan usaha bersama-sama.

Beliau menegaskan, Iran dan China menentang hegemonisme, unilateralisme, campur tangan negara luar dalam urusan dalaman sesebuah negara, serta menentang sekatan sepihak yang haram serta amalan dwisandard. Iran mengekalkan dasar satu China, menyokong dengan teguh China memelihara kepenting teras sendiri. Selain itu, Iran bersedia mengekalkan komunikasi dan kerjasama yang erat, memelihara kesamarataan dan keadilan antarabangsa, memelihara kepentingan bersama negara-negara membangun serta mendorong kedamaian, keselamatan dan pembangunan dunia.