Kuatkan Angkatan Bersenjata Melalui Pemupukan Tenaga Insan: Xi

2022-07-30 15:23:53  CRI
Share with:

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-95 penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sesi pembelajaran kolektif kali ke-41, mengkaji strategi menguatkan angkatan bersenjata melalui pemupukan tenaga insan pada era baharu, di Beijing pada Khamis lalu.

Presiden China, Xi Jinping mempengerusikan sesi pembelajaran tersebut.

Beliau menegaskan, usaha harus dilakukan untuk memperkasakan strategi menguatkan angkatan bersenjata melalui pemupukan tenaga insan pada era baharu, menggalakkan transformasi dan kenaiktarafan kemampuan, struktur dan pengurusan tenaga insan, serta memupuk tenaga profesional. Ini amat bermakna bagi merealisasikan matlamat Parti untuk menguatkan tentera pada era baharu dan membina PLA sebagai tentera peringkat pertama di dunia.

Beliau menyatakan, dunia kini telah memasuki zaman pergolakan dan transformasi baharu yang membawa ketidakpastian kepada situasi keselamatan negara ini. Pada lima tahun akan datang, misi utama PLA adalah untuk mencapai matlamat seratus tahun penubuhannya. Angkatan tentera perlu meningkatkan kesedaran terhadap risiko, tanggungjawab dan kemajuan agar memperkasakan usaha pemupukan bakat secara komprehensif.